Sunday, January 31, 2010
Monday, January 18, 2010
ISU PRK : MAHASISWA SEMALAYSIA MENGUNDI BERSAMA
Kira-kira 70,000 pelajar melibatkan enam universiti awam akan mengundi pada pilihan raya kampus serentak hari yang sama minggu depan, satu keadaan yang agak berlainan berbanding sesi pengajian lalu.
Keenam-enam universiti terbabit akan mengadakan pengundian secara serentak pada 28 Jan.
Mereka merupakan pelajar Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Perguruan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia.
Perkembangan itu dijangka akan memberi impak ke atas keputusan pemilihan kali ini.
Malah buat pertama kali pelajar Universiti Malaya akan mengundi menggunakan sistem pengundian elektronik (e-undi).
“Sejak hari pengundian secara berperingkat-peringkat diperkenalkan bermula sesi pengajian 2008/09, ini kali pertama sejumlah universiti awam mengadakan pemilihan serentak pada hari yang sama.
“Sebab pengurusan universiti-universiti ini mengambil langkah ini, kami tidak pasti... kami tidak tahu,” kata Pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa, Mohd Shafie Hashim ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Penamaan calon pemilihan bagi universiti-universiti berkenaan akan berlangsung pada 25 Jan dan disusuli dengan hari mengundi pada 28 Jan.
Setakat ini Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan pilihan raya masing-masing. Pilihan raya kampus UMT berlangsung kelmarin.
Universiti Sains Malaysia juga dipercayai akan mengadakan pilihan raya kampus untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 28 Jan.
Sebelum sesi pengajian 2008/09, institusi pengajian tinggi awam mengadakan pilihan raya kampus pada semester pertama pada hari yang sama.
Bagaimanapun ia berubah selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
Dengan itu, universiti-universiti diberi kebebasan untuk memilih tarikh sendiri sama ada pada bulan Oktober (semester pertama) ataupun Januari semasa semester kedua.
Mohd. Shafie juga berkata pihaknya tidak menjangkakan pengurusan-pengurusan universiti terbabit akan memilih tarikh yang sama.
Dalam pilihan raya kampus kelmarin, kumpulan Pro-Mahasiswa memecahkan tradisi penguasaan MPP dengan memenangi pilihan raya kampus UMT.
Kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 12 kerusi MPP yang dipertandingkan.
Ini kali pertama kumpulan itu menguasai majoriti MPP yang menawarkan 12 kerusi melibatkan empat fakulti.
MPP UMT sepanjang empat sesi pengajian lalu dikuasai kumpulan Pro-Aspirasi.
MPT merupakan antara IPT awam baru ditubuhkan di negara ini.
Pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi merupakan dua ikatan tidak formal utama mewakili pelajar-pelajar IPTA dalam pilihan raya kampus IPTA. Kumpulan Pro-Aspirasi dilabelkan sebagai ikatan menyokong prinsip perjuangan politik kerajaan persekutuan manakala Pro-Mahasiswa dilihat mempunyai pendirian yang bertentangan.
Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa, melibatkan 14 universiti awam, telah melancarkan Misi-10 iaitu sasaran menawan kampus dalam pilihan raya MPP yang berlangsung mulai bulan ini.
Selain UMT, universiti yang diwakili kumpulan Pro-Mahasiswa itu setakat ini ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tenaga Malaysia, Universiti Industri Selangor, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Utara Malaysia.
MiSi-10 merupakan gabungan barisan yang diketuai oleh Pro-Mahasiswa berganding bahu bersama badan mahasiswa yang lain iaitu SMM, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Pergerakan Pemuda dan Pelajar Demokratik (Dema), Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Skrikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (Bantah).
Kumpulan itu juga menuntut agar pengurusan universiti membenarkan kehadiran ejen pemantauan dari luar sepanjang pemilihan kampus diadakan.
izzwana
Posted by biskut marie at 11:00 PM 0 comments
Labels: PRK
Friday, January 15, 2010
BERITA UTAMA BERITA HARIAN EDISI 15 JANUARI 2010
Sudut Pidato hidup semula
Oleh Hussain Said dan Norliza Abdullah
bhnews@bharian.com.my
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin |
BANGI: Selepas kira-kira tiga dekad diharamkan, akhirnya Sudut Pidato atau Speakers' Corner di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan diwujudkan semula dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini menjadi perintis dalam memperkenalkan sudut itu, semalam.
Sudut Pidato UKM itu terletak di kawasan terbuka di Teres Eko Niaga bersebelahan Perpustakaan Tun Sri Lanang yang menjadi tempat pelajar universiti berkenaan berehat dan menjamu selera.
Mereka ialah Izzat Fathi Hisham, 21, pelajar Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Sosiologi Fakulti Sains Sosial, Adlin Noramirah Mohamed, 19 (Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan) dan Syamimi Ab Rahman, 23 (Ijazah Sarjana Muda Syariah Perundangan Islam).
Ketiga-tiganya menyentuh isu keusahawanan dengan Izzat mengaitkan masalah pengangguran di kalangan graduan dengan menimbulkan persoalan sama ada ia berpunca daripada sikap pelajar yang lebih selesa makan gaji atau sistem pendidikan di universiti sendiri.
| IZZAT FATHI menyuarakan ideanya di Sudut Pidato UKM, Bangi semalam. |
Februari tahun lalu, Kementerian Pengajian Tinggi menarik balik larangan itu menerusi pindaan semula AUKU, tetapi sejak itu belum ada universiti melaksanakannya. Dilema sudut pidato turut menjadi fokus dalam Varsiti � sisipan terbaru Berita Harian pada edisi sulungnya, semalam.
Pada sidang medianya selepas melancarkan Sudut Pidato UKM, Mohamed Khaled berkata, IPT lain mungkin masih menunggu permohonan daripada penuntut masing-masing untuk memperkenalkan sudut itu.
Beliau bagaimanapun, berharap sudut itu menjadi medan terbaik bagi membangunkan kemampuan dan sikap bertanggungjawab pelajar, terutama dalam melontarkan pandangan serta mengupas pelbagai isu secara kritis dan intelektual.
"Kementerian tidak menetapkan garis panduan kepada penuntut dalam menggunakan sudut itu, sebaliknya menyerahkan kepada pentadbir IPT. Kita juga memberi kebebasan kepada pelajar dalam menyuarakan pandangan mereka, asalkan tidak menyentuh sensitiviti tertentu.
"Apa yang penting, penuntut perlu bertanggungjawab dengan apa yang disuarakan kerana orang lain mendengar, melihat dan menyaksikan mereka.
"Saya juga tidak ada masalah sekiranya mereka berbeza pendapat dengan saya tetapi matlamatnya sama iaitu untuk kebaikan," katanya yang turut merasmikan Teres Eko Niaga dan Pelancaran Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) UKM. Hadir sama Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menerima memorandum daripada sekumpulan pelajar Kolej Kediaman Pendeta Zaaba yang membantah tindakan tidak profesional pengurusan kolej, antaranya menaikkan yuran yang didakwa membebankan pelajar.
Mohamed Khaled bagaimanapun, menegaskan orang luar tidak dibenarkan menggunakan sudut itu kerana ia khas untuk penuntut.
"Mengapa perlu orang luar datang bagi memimpin penuntut, sebaliknya mereka perlu menjadi ketua," katanya.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, pihaknya akan menubuhkan Unit Keusahawanan di Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Kolej Komuniti dan Jabatan Politeknik dalam usaha mewujudkan nilai, budaya dan pemikiran keusahawanan di kalangan penuntut IPT.
"Saya akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan supaya peruntukan RM20 juta yang dikhususkan untuk melaksanakan program keusahawanan di kalangan penuntut IPT di bawah program Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dulu disalurkan kepada kementerian untuk menjayakan program ini," katanya.
izzwana
Posted by biskut marie at 11:21 PM 0 comments
Labels: IZZWANA
Thursday, January 14, 2010
AURAT WANITA
Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.
Saya hairan kadang-kadang ada wanita yang bergelar ustazah yang berpakaian tidak mengikut syarak Islam. Bagaimana dia hendak menyampaikan seruan Islam kepada umum sedangkan dia juga berpakaian tidak ikut syarak. Sejak kebelakangan ini, pakaian menurut Islam dipesongkan dengan berbagai fesyen yang dapat menarik penglihatan lelaki terhadap pakaian yang dinamakan busana muslimah. Islam bukan menghalang berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan Islam. Sepertimana firman Allah : “sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas”.
Ada setengah wanita Islam hanya meletakkan auratnya kepala dan rambutnya sahaja, contohnya kepala bertudung tetapi lengannya terbuka (pakai baju tangan pendek). Ada pula kain tebelah sehingga menampakkan kakinya, tetapi kepalanya bertudung. Ada yang bertudung Wahida atau Wardina tetapi dihiaskan dengan keronsang-keronsang yang berkilau serta berbaju kilat sehingga dapat menarik pandangan orang lain. Di kampung, ramai wanita keluar dari rumah untuk menjemur pakaian atau sapu sampah dikawasan rumahnya hanya bertudung atau diletakkan sehelai kain dikepalanya dan kakinya tidak berstokin.
Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Percayalah dengan pakaian yang sempurna dapat menghindarkan dirinya dari perbuatan jahat, perbuatan keji dan mungkar. Wanita perlu ambil berat masalah ini, kerana takut diri mereka menjadi mangsa kepada kejahatan yang tidak diingini. Banyak kes-kes pencabulan, rogol dan sebagainya adalah disebabkan wanita berpakaian yang menarik dan menjolok mata.
Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jadilah wanita yang solehah (wanita muslimah) dengan berpakian dan berakhlak mulia. Sesungguhnya anda akan dipelihara oleh Allah sepertimana serikandi Islam iaitu Saidatina Aisyah, Saidatina Khadijah, Maryam ibu Nabi Isa, Rabiatul Adawiyah. Di bawah ini saya masukkan gambar busana muslimah yang menepati syariat Islam sebagai rujukan kita bersama.

Bertudung dan berpakian sebagai adat bukan menurut Islam

Posted by biskut marie at 12:36 AM 0 comments
Labels: aurat, hukum allah
Tuesday, January 12, 2010
PILIHAN RAYA KETUA MURID PERINGKAT SEKOLAH, RELEVANKAH KINI...??
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berkata adalah terlalu awal bagi kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun didedahkan kepada proses pengundian memilih pemimpin mirip kepada kempen pilihan raya.
"Bagi saya, murid ini terlalu awal didedahkan dengan politik ataupun proses berkempen," katanya bagi mengulas proses pengundian memilih ketua murid yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (TTDI)1 semalam.
Biarpun sudah dua kali mengadakan pengundian bagi memilih ketua murid, namun proses pengundian di sekolah itu kali ini mirip satu pilihan raya kerana ia turut melibatkan penyertaan SPR Wilayah Persekutuan selaku pengendali dan pemantau proses itu.
Ia bermula dengan proses penamaan calon, kempen selama seminggu termasuk memasang poster, mengedar kalendar serta nama dan slogan calon, kunjungan calon dari kelas ke kelas dan akhirnya pemilihan yang menggunakan kotak mengundi seperti dalam pengundian pada pilihan raya.
"Di SPR sendiri kami turut menyediakan pendidikan pengundi tetapi terus kepada peringkat sasaran iaitu mereka yang lebih berusia seperti penuntut sekolah menengah dan universiti ataupun kolej," kata Wan Ahmad kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Bagaimanapun, katanya, keputusan untuk mengadakan proses pengundian itu merupakan hak sekolah dan beliau menganggap pastinya SKTTDI1 sudah mendapatkan kebenaran ibu bapa.
Wan Ahmad berkata beliau tidak mengetahui tentang proses pengundian yang diadakan di sekolah berkenaan semalam sehinggalah melihat dan membacanya melalui media.
Beliau percaya bahawa SPR di peringkat negeri hanya menjalankan kewajipan dalam memberi bantuan kepada sekolah itu.
"Kami di SPR tidak pernah berbincang mengenai perkara ini di peringkat atasan dan proses pengundian semalam mungkin merupakan rutin yang dijalankan oleh SPR peringkat negeri," katanya.
Ditanya kemungkinan sekolah lain akan mencontohi SKTTDI1 untuk mengadakan proses pengundian yang serupa, Wan Ahmad berkata terpulang kepada Kementerian Pelajaran serta pihak sekolah terbabit manakala SPR hanya akan memberi nasihat dan bantuan yang diperlukan.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan sebaliknya memandang positif tindakan sekolah berkenaan dan berharap ibu bapa tidak perlu risau dengan proses pengundian yang dijalankan di peringkat sekolah.
"Saya tidak lihat proses itu melibatkan politik dan menganggapnya sebagai pendedahan bagi anak-anak ini memahami proses demokrasi tulen di negara ini," katanya.
Mohamed Ali berkata pendedahan itu akan membantu proses kematangan kanak-kanak dalam menghadapi proses demokrasi sebenar apabila dewasa kelak.
Namun, katanya, proses pengundian itu perlu dibimbing dan dipantau oleh pihak sekolah supaya tidak disalah guna seperti murid mengaibkan sesama calon semasa berkempen.
"Kita boleh mengajar murid-murid ini supaya menjaga tatasusila dan etika berkempen bagi memupuk mereka nilai-nilai murni. Dengan cara ini, persaingan sihat dapat dipupuk," katanya.
Seorang ibu yang dua anaknya bersekolah di SKTTDI1 berkata beliau menganggap pendedahan yang cuba diberikan itu memberi manfaat kepada murid di Tahun 4, 5 dan 6.
"Tapi bagi murid tahun satu hingga tiga, mereka terlalu muda untuk memahami keseluruhan proses itu dan tujuannya," kata wanita enggan namanya disiarkan.
Beliau bagaimanapun berharap ibu bapa tidak dibiarkan campur tangan dalam proses pengundian ini seperti membantu menyediakan poster dan bahan kempen yang mahal harganya dan memberi tekanan kepada anak-anak yang menjadi calon.
"Proses ini baik untuk membina keyakinan murid, jadi biarkan mereka berkempen secara semula jadi, seperti menyediakan sendiri poster dengan melukis atau mencetak daripada komputer, dan bukan didedahkan kepada kemewahan menempah banner dan sebagainya," katanya. -BERNAMA
Posted by biskut marie at 6:21 AM 0 comments
Labels: PRK SEKOLAH
FAKULTI PENDIDIKAN DIJAMIN KERJA...??DULU LA...SEKARANG...???
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mahu Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran dan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang menawarkan kursus pendidikan duduk semeja bagi menyelesaikan masalah lambakan siswazah pendidikan.
Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, perbincangan terus dengan pihak IPT adalah penting bagi mengetahui punca sebenar masalah berkenaan terjadi.
"Saya percaya dengan perbincangan antara kementerian dan IPT adalah penting dalam mencari masalah sebenar, menilai situasi semasa dan kehendak industri.
"Perbincangan antara pihak-pihak ini saya percaya dapat menyelesaikan masalah lambakan siswazah pendidikan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.
Lok juga tidak menolak masalah itu berlaku apabila Kementerian Pelajaran mengutamakan lepasan pelatih dari maktab perguruan milik kerajaan sebagai keutamaan dalam menempatkan guru-guru di sekolah.
Semalam Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, isu guru ijazah pendidikan yang gagal mendapat penempatan mengajar dapat diselesaikan jika ada pengunjuran yang tepat antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Dalam pada itu, menurut Lok masalah menjadi lebih buruk apabila bilangan guru yang tamat pelajaran daripada kesemua IPT terbabit bertambah mengakibatkan lambakan siswazah menggangur.
Bagaimanapun katanya, apa yang lebih penting adalah kerajaan mengambil tahu apa yang pihak sekolah mahukan supaya masalah itu tidak terus berlarutan.
"Jika ramai pelajar yang mengambil kursus Bahasa Melayu dan permintaan terhadap guru subjek Bahasa Melayu menurun, mengapa perlu ditawarkan lagi subjek berkenaan kepada pelajar.
"Itu antara punca mengapa mereka tidak dapat tempat penempatan mengajar kerana itu bukan permintaan industri," ujarnya.
Beliau turut menegaskan NUTP mahu kursus perguruan lepasan ijazah yang sebelum ini mengambil masa setahun ditambah kepada tiga sehingga empat tahun pada masa depan.
"Ini penting dalam melahirkan guru yang berkaliber dan lebih efisyen," katanya lagi.
izzwana
Posted by biskut marie at 6:16 AM 0 comments
Labels: cikgu vs guru
Monday, January 11, 2010
MAHA SUCI ALLAH S.W.T
Posted by biskut marie at 9:02 PM 0 comments
Labels: islam dinULANA
SCORE A PELAJARAN , SCORE A PENDAPATAN
INGINKAN ANAK ANDA SCORE A DALAM PEPERIKSAAN..???
INGIN SCORE A UNTUK PENDAPATAN MINGGUAN ANDA...???
KUN JUNGILAH KAMI DI scoreaukm.blogspot.com





